Wednesday, 27 February 2013

Kau Yang Satu

Lagu ni tak pernah lagha pada gua..ini bukan lagu nasyid..bukan juga dinyanyikan oleh penyanyi / kumpulan nasyid. Tapi didendangkan oleh seseorang yang digelar Papa Rock. Namun lagu ni ada nilainya yang tersendiri. Sebuah lagu berunsurkan ketuhanan. Liriknya cukup ringkas, tapi maksud disebalik itu, tersangatlah menjentik jiwa. Allahuakhbar..Bila gua dengar lagu ni je,mesti rasa sayu..entahlah, gua belum cukup mengagungkan Tuhan gua sendiri kot.. :(


Kau Yang Satu - Ramli Sarip
Lagu & Lirik - Dato' M.Nasir

Kaulah yang Maha Esa
Kaulah yang Maha Pengasih
Kaulah yang Maha Penyayang
Tiada hidup tanpaMu

Kaulah yang Maha Agung

Kaulah yang Maha Mengetahui
Tuhan dunia akhirat
Tiada aku tanpaMu

Bilaku rasa pilu

Bilaku rasa resah
Bilaku kekosongan
Kau tempatku mengadu
Oh Tuhan yang satu
Engkau Tuhan yang satu

Segala puji-pujian
Ku tujukan padaMu..padaMu..
Dan hidup dan matiku hanyalah untukMu..
UntukMu...untukMu



Thursday, 7 February 2013

Hantu Kak Limah 2 - Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit : Edisi 'Entri Panjang Berjela'



Dua tahun menunggu,akhirnya gua berkesempatan juga untuk menonton kisah Kampung Pisang yang sememangnya popular  iaitu Hantu Kak Limah 2 – Husin,Mon dan Jin Pakai Toncit. Filem ni merupakan sambungan daripada dua filem terdahulu iaitu Zombie Kampung Pisang dan juga Hantu Kak Limah Balik Rumah. Gua meletakkan harapan yang begitu tinggi untuk filem terbaru Mamat Khalid ni disebabkan Hantu Kak Limah Balik Rumah pernah mencatat jumlah kutipan tertinggi untuk tahun 2010 iaitu dengan sebanyak RM7.9 juta. Bukan calang-calang pengarah boleh dapat angka yang sebegini banyak. Tambahan pula, genre komedi seram semakin lama semakin tidak relevan lagi dalam industri perfileman Malaysia. Tapi Mamat Khalid membuktikan gaya penceritaannya di dalam filem-filem arahannya mempunyai nilai estetika yang begitu halus dan menusuk kalbu. Okey,gua exaggerate je..kahkahkah..terpulang pada lu orang bagaimana untuk nilai Mamat Khalid.

Siapa yang tidak kenal dengan Mamat Khalid, seorang pengarah prolifik yang cukup hebat dengan filem-filem yang mengandungi unsur-unsur kritikan sosial di dalamnya. Menganjing dalam bentuk komedi, tetapi mesej yang hendak disampaikan itu jelas jika kita perhati dan hayati betul-betul.
Februari 2013 boleh dikatakan ianya adalah bulan Mamat Khalid. Dua buah filem terhebatnya bakal berentap di dalam bulan yang sama iaitu Hantu Kak Limah 2 – Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit dan juga sequel filem Rock iaitu Rock Ooo.

Ok, gua nak sambung cerita pasal Hantu Kak Limah 2 – Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit ni. Filem ni menelan kos produksi berjumlah RM1.65 juta, lebih sedikit daripada Hantu Kak Limah Balik Rumah. Hantu Kak Limah Balik Rumah, kos produksinya cuma RM1.42 juta. Mungkin mahal sedikit disebabkan CGI yang terdapat dalam Hantu Kak Limah 2 ini lebih cantik dan kemas. Well,ini cuma andaian gua. Kalau lu orang tahu, lu orang la bagitau gua okey.. 

Awie masih lagi diberi kepercayaan untuk menerajui watak utama di dalam HKL2 ini iaitu Husin. Setelah kecewa apabila mendapat tahu Cik Nin sudah meninggal dunia, Husin kembali pulang ke Singapura. Oh,itu ending HKLBR. Starting HKL2 ni pulak, Husin kembali ke Kampung Pisang setelah kerjayanya di Singapura telah hancur. Bermula di Kampung Pisang sekali lagi, penonton akan dibawa menyusuri pelbagai misteri-misteri yang menjadi tanda tanya. Lu orang ingat lagi perempuan berbaju merah yang terapung di awang-awangan sewaktu ending HKLBR? Hek eh, dalam HKL2 ini, misteri wanita itu akan terungkai. Nama dia, Ayu. 

Tapi yang membuatkan gua sedikit terkilan ialah, watak Abi Hurairah lakonan Johan Raja Lawak tidak dikekalkan oleh Mamat Khalid. Sebab apa, gua taknak ambil tahu pun. Mamat Khalid mungkin ada alasannya yang tersendiri. Pendapat gua, watak Abi Hurairah tu sedikit sebanyak telah memberi impak yang begitu besar dalam HKLBR. Lakonan bersahaja Johan memang awesome. Ingat lagi tak scene dia menegur Kak Limah di dalam gelap, dalam filem HKLBR?

kak limah hoi..nk tumpang balik ke?saya dari pekan ni..kak limah hoi..ala dalam kampung,tak payah ler pakai helmet..jom ler..kak limah!! hei,seksi pulak kak limah dalam gelap!..”

Lupakan tentang Abi Hurairah. Bukan dia sorang je yang power dalam Kampung Pisang tu, ye dok? Usop Wilcha pun apa kurangnya. Dalam HKL2, Usop dah tak naik wheel-chair. Tapi dia dah naik motor Kriss yang diubahsuai untuk O.K.U. Tapi macam biasalah, kalau part kena kejar hantu, dia takkan jadi O.K.U..laju je dia berlari..HAHA. Shy8 secara jujurnya memang menjadi penyelamat dalam HKL2 ini. Sense of humor yang terdapat dalam watak Usop Wilcha benar-benar membuatkan gua tergelak. Trademark ‘tangan lembut’ masih dikekalkan.

Azwan Annuar dan Zainuri Misfar? Erm, bolehlah daripada tak ada langsung. Siapa diorang? Ingat lagi lelaki yang menyebabkan kaki Usop menjadi cacat? Dan attendant ambulan yang tak habis-habis menyebut ‘Bala..bala..bala..bala..’ ? kahkahkah..

Pak Jabit dan Pak Abu..macam biasa,diorang memang penyeri trilogi Kampung Pisang ni. Tak ada diorang, tak berfungsi filem Mamat Khalid ni..aje nyer ye! Well done untuk Pak Man Kadir dan Pak Zami Ismail. Watak Pak Abu dalam HKLBR digambarkan sebagai pemimpin veteran yang masih lagi mahu memimpin walaupun sudah kelihatan tidak relevan lagi. Pak Jabit dalam HKL2 sudahpun berbaik-baik dengan Husin. Kalau lu orang ingat, dalam HKLBR, dia berdendam sangat dengan Husin sebab kerana Husinlah, Cik Nin meninggal dunia. Oh ya, inilah filem terakhir Allahyarham Zami Ismail kerana beliau sudahpun kembali ke rahmatullah pada Jun tahun 2012. Al-Fatihah. Mamat Khalid pernah cakap,

“Tiada siapa yang boleh ganti arwah. Kalau saya nak buat lain pun (filem Kampung Pisang ketiga), saya tidak menggunakan pengganti arwah. Maknanya, karakter lain, cara lain, kalau kata nak ganti arwah, tak mungkin”

Ezylnn? Dia kembali selepas wataknya tiada di dalam HKLBR. Namun dalam HKL2 ini, dia cumalah jelmaan kepada watak Ayu. Siapa Ayu? Alaa..Ayu yang terapung-apung dalam HKLBR tu..hek eh! Kenapa Mamat Khalid tak guna sahaja Avaa Vanja sebagai Ayu? Sebab Husin tak sukakan Ayu. Husin lebih sukakan Mon (Ezylnn). So untuk menampakkan unsur misteri dan membuatkan penonton tertanya-tanya, maka Mamat Khalid menggunakanlah jelmaan Mon di dalam watak Ayu..ha,memandai je teman ni buat cerita..ate,mengkeme tengok sendiri la..x gheti teman nak terangkan..

Watak antagonis dalam HKL2 ni dilakonkan oleh Rashidi Ishak. Wataknya adalah Dr Samsudin. Dialah jin yang menghuru-harakan Kampung Pisang sebenarnya..bukan Ayu. Siapa Ayu? Alaa..Ayu yang terapung-apung di awangan tu..hek eh!

Panjang lebar gua cerita, mesti korang nak tahu pasal Kak Limah kan?kahkahkah. Dalam HKL2 ni,Kak Limah bukan lagi watak utama. Apa dah terjadi kepada dia? Syukur alhamdulillah, Kak Limah sudah sihat. Makin meletup kau!..Dia sibuk nak arrange trip pergi ke Singapura..HAHAHA..

So,kenapa judul filem ni masih Hantu Kak Limah? Ini kerana HKL2 adalah sambungan kepada HKLBR. So, untuk mengelakkan penonton daripada confuse, Mamat Khalid sengaja kekalkan Hantu Kak Limah sebagai tajuknya namun diberi tajuk tambahan iaitu ‘Husin,Mon dan Jin Pakai Toncit’.
Kenapa Jin Pakai Toncit? Karakter jin pakai toncit diambil sempena filem Pendekar Bujang Lapok sebagai satu tanda penghormatan kepada seniman agung, Tan Sri P. Ramlee. Menurut Mamat Khalid,
“Zombie sudah ada pada filem sebelum ini, kalau yang ketiga ini pun buat zombie, saya rasa memadai hanya dalam dialog”

CGI dalam HKL2? Lebih kemas dari filem-filem terdahulu Mamat Khalid. 

Lighting? Akhirnya, HKL2 tidak lagi seperti HKLBR. Dalam HKLBR, gelap kemain. Mungkin Mamat Khalid nak membangkitkan emosi penonton supaya mereka benar-benar menghayati keseraman Hantu Kak Limah dalam HKLBR. Ataupun kalau lu orang ingat, sewaktu diorang ramai-ramai nak ke rumah Kak Limah, apa yang mereka bualkan tentang lampu jalan? Hek eh! Tu pun salah satu kritikan sosial yang ada di dalam trilogi Kampung Pisang ini..awesome!

Bagi gua,faktor latar tempat sangat memainkan peranan yang paling penting untuk penonton kembali masuk ke dalam Kampung Pisang itu sendiri. Rumah Husin dan Kak Limah, gerai Pak Jabit, Dewan Serbaguna Kampung Pisang..ada lagi? Lu orang tambah la..itu adalah trademark Mamat Khalid dalam menggambarkan secara jelas tentang Kampung Pisang.

Gua rasa Mamat Khalid akan sambungkan HKL2 ni sebab endingnya tergantung..wallahualam.

Edisi ‘entri panjang berjela’ tamat di sini. Gua begitu teruja dengan filem ini,sebab tu gua up entri ni..kahkahkah..biasalah,entri syok sendiri..hek eh! Next,  Zombi Kilang Biskut. Tapi gua tak pasti sama ada filem tu adalah sambungan kepada trilogi Kampung Pisang ataupun tidak. Tahun 2013 atau 2014? Sama-sama kita nantikan..

:: Ni cuma pendapat gua..jangan memandai claim gua ni hebat pung pang pung pang kritik filem orang pulak..Oh ya, gua rindukan Mat Karen dan juga Deris.. :D

Wednesday, 23 January 2013

Aku tahu kenapa burung di dalam sangkar menyanyi

  Aku tahu apa perasaan burung di dalam sangkar,
Bila matahari terang benderang di bukit sana,
Bila angin sepoi di dedaunan hijau,
Dan sungai deras jernih ibarat kaca.
Bila bersiulnya burung lain,
Dan kembang putik berbunga dan wangiannya memukau,
Aku tahu apa perasaan burung di dalam sangkar.

Aku tahu kenapa burung di dalam sangkar kibarkan sayapnya,
Sehingga cedera, luka, berdarah pada besi,
Ia perlu pulang ke batang sangkar dan bergayut,
Kala lena, itu jua tempat jantungnya berdenyut,
Perih dan parut lama pasti ia ingat,
Aku tahu kenapa burung di dalam sangkar kibarkan sayapnya.

Aku tahu kenapa burung di dalam sangkar menyanyi,
Sayapnya luka dan punggungnya letih,
Bila bersiul maka bebaslah,
Bukan lagu gembira atau lagu untuk bersedih,
Tetapi doa dari jauh dalam lubuk hati,
Mohon kepadanya ia berterbang pulang,
Aku tahu kenapa burung di dalam sangkar menyanyi.

 Sympathy : I Know Why The Caged Bird Sings - Paul Laurence Dunbar, 1899

Monday, 21 January 2013

Jiwa Hamba


''Berpusing roda beralihlah masa
Pelbagai neka hidup di bumi
Selagi hidup berjiwa hamba
Pasti tetap terjajah abadi.''
  
- SN Usman Awang, Jiwa Hamba (1949)